Ahad, 8 Julai 2012

Cuti Semester

Salam semua...
Terima Kasih kepada pengunjung tetap yg sudi singgah... :D


Ada pape cadangan tak nk buat cuti ni...
Daripada buat aktiviti yg kurang berfaedah dan terperap dalam rumah je?
Anyone???


Tak pun...
Korang ada kerja kat Universiti tercinta tu.. :)

Ok la...
Kalo ada pape kabo ye...

Isnin, 19 Disember 2011

19 DISEMBER 2011

CADANGAN NK WAT REUNION!!!!


PENDAPAT DAN CADANGAN SEDANG DILAKUKAN...


INSYAALLAH, REUNION AKN DIJALANKAN...


HOPE SO.... ^_^

Khamis, 4 November 2010

::Rahsia Kejayaan::

Assalamualaikum...
Apa khabar kawan2...

Hari ni pun aku xlarat nak tulis idea sendiri...
So, aku sekali lagi telah mengambil @ mencilok post dari blog orang
Blog Akmal(kawan KMJ gak)

Penulisan dari blog tu sama seperti di bawah ini...
Selamat membaca dan mengamalkannya...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
dalam menuntut ilmu...
tidak semestinya dengan buka buku 24jam kita akan berjaya...
santapan rohani juga perlu mantap...
di sini saya mahu berkongsi petua sedikit tentang kejayaan saya dalam PMR dan juga PSPM sem 1 matrikulasi...

ramai kawan saya bertanyakan apa petua saya sehingga mampu memperoleh 9A dalam PMR dan 4flat dalam PSPM sem 1...

bukan saya mahu kata ia berkesan..tapi dengan izin ALLAH..insyaALLAH,,,

saya telah amalkannya semasa menghadapi PMR dan juga PSPM sem 1..tapi tidak pula pada SPM dan PSPM sem 2....
hasilnya saya berjaya mendapat kejayaan yang saya mahukan pada PMR dan PSPM sem 1..tapi tidak pada SPM dan PSPM sem 2....

insyaALLAH ia berkesan,...



rahsianya ialah zikir AN-NUR...


klik untuk besarkan(pada gambar)

kaifiatnya ialah:

dibacakan sebanyak seratus kali sehari, selepas subuh sehingga sebelum maghrib...
kemudian berdoalah dengan hajat kalian...

insyaALLAH berkesan..selamat beramal!!! 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah dia penulisan dari blog tersebut...
Harap dikongsi bersama dan dapat kejayaan bersama...
insyaALLAH....


Salam daripada shazmil...

Rabu, 3 November 2010

Cerita Tentang Surat Cinta

Salam semua kawan2....
Apa khabar...
Sempena hari ni yg xde idea... aku amek info ni dari blog seseorang je la...
Kalo yg dah baca tu... Korang baca la lagi skali... ^_^

Kisahnya macam ni....

Pagi yang indah. Kelas tak ada. So, apa lagi yang lelaki bujang macam aku akan buat bila tak ada kerja? Apa? Tidur? Oh sorry sikit yea. Aku tak ada lah malas sangat sampai asyik nak tidur. Okay fine aku memang tidur pun. Sampai pukul 11 baru lah aku bangun. Awal lah juga. Awal dari kebiasaan.

Aku bangun pun sebab ada benda pelik yang berlaku. Kisahnya macam ni;

Masa aku tengah dok tidur tu, aku di kejutkan dengan panggilan someone. Aku terus buka mata dan pick up phone aku.

"Hello...." Aku menjawab telipon.

"Walaikummusalam!" Dengar suara perempuan di hujung talian.

Aku memang nak kasi salam tadi. Tapi... tak sempat.

"You tengah buat apa ni? Tidur ke?"

"Erm.. Yer"

"Asyik tido je tau. Pemalas."

Perh, kerek betul minah ni.

"Siapa ni?" Tanya aku bila tengok nombor dia tertulis Private Number.

"Siapa I? You tanya siapa I? You agak I ni siapa?"

"Mana la I tau" Jawab aku yang tengah mamai.

"I ni, wife you lah. I call dari masa hadapan."

Aku terdiam berfikir.

"Masa bila pula I kahwin? I belajar tak habis lagi."

"Kan I dah cakap yang I call dari masa hadapan. You muda-muda dah pekak."

Perh, sabar je. Sabar je. Tapi tak apa. Aku layan.

Aku terus bagun dari katil. Aku pergi kat meje Fakh, dan ambil rokok. Then baru aku ingat, sejak bila pula aku hisap rokok?

"Hey, kat masa hadapan nanti, I hisap rokok tak?" Aku tanya perempuan kerek tu.

" Haha. Tak. You still macam dulu. Semua benda tak reti. Merokok pun tak reti. Entah apa yang you reti pun I tak tahu"

Aku diam. Terasa sebenarnya.

"Well, I call you sebab I nak suruh you buat sesuatu" Sambung dia.

"Buat apa?"

"Check mail box you. I hantarkan surat. Khas untuk you"

Selepas dia cakap, terus dia letak phone. Manis betul perangai awek-awek sekarang.

So, aku pergi ke luar rumah dan ambil surat.

Aku tengok-tengok.

Cantik suratnya. Siap ada kesan bedak lagi. Apa tah letak bedak. Orang main perfume dah sekarang. Mana main bedak lagi.