Khamis, 4 November 2010

::Rahsia Kejayaan::

Assalamualaikum...
Apa khabar kawan2...

Hari ni pun aku xlarat nak tulis idea sendiri...
So, aku sekali lagi telah mengambil @ mencilok post dari blog orang
Blog Akmal(kawan KMJ gak)

Penulisan dari blog tu sama seperti di bawah ini...
Selamat membaca dan mengamalkannya...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
dalam menuntut ilmu...
tidak semestinya dengan buka buku 24jam kita akan berjaya...
santapan rohani juga perlu mantap...
di sini saya mahu berkongsi petua sedikit tentang kejayaan saya dalam PMR dan juga PSPM sem 1 matrikulasi...

ramai kawan saya bertanyakan apa petua saya sehingga mampu memperoleh 9A dalam PMR dan 4flat dalam PSPM sem 1...

bukan saya mahu kata ia berkesan..tapi dengan izin ALLAH..insyaALLAH,,,

saya telah amalkannya semasa menghadapi PMR dan juga PSPM sem 1..tapi tidak pula pada SPM dan PSPM sem 2....
hasilnya saya berjaya mendapat kejayaan yang saya mahukan pada PMR dan PSPM sem 1..tapi tidak pada SPM dan PSPM sem 2....

insyaALLAH ia berkesan,...



rahsianya ialah zikir AN-NUR...


klik untuk besarkan(pada gambar)

kaifiatnya ialah:

dibacakan sebanyak seratus kali sehari, selepas subuh sehingga sebelum maghrib...
kemudian berdoalah dengan hajat kalian...

insyaALLAH berkesan..selamat beramal!!! 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah dia penulisan dari blog tersebut...
Harap dikongsi bersama dan dapat kejayaan bersama...
insyaALLAH....


Salam daripada shazmil...

Rabu, 3 November 2010

Cerita Tentang Surat Cinta

Salam semua kawan2....
Apa khabar...
Sempena hari ni yg xde idea... aku amek info ni dari blog seseorang je la...
Kalo yg dah baca tu... Korang baca la lagi skali... ^_^

Kisahnya macam ni....

Pagi yang indah. Kelas tak ada. So, apa lagi yang lelaki bujang macam aku akan buat bila tak ada kerja? Apa? Tidur? Oh sorry sikit yea. Aku tak ada lah malas sangat sampai asyik nak tidur. Okay fine aku memang tidur pun. Sampai pukul 11 baru lah aku bangun. Awal lah juga. Awal dari kebiasaan.

Aku bangun pun sebab ada benda pelik yang berlaku. Kisahnya macam ni;

Masa aku tengah dok tidur tu, aku di kejutkan dengan panggilan someone. Aku terus buka mata dan pick up phone aku.

"Hello...." Aku menjawab telipon.

"Walaikummusalam!" Dengar suara perempuan di hujung talian.

Aku memang nak kasi salam tadi. Tapi... tak sempat.

"You tengah buat apa ni? Tidur ke?"

"Erm.. Yer"

"Asyik tido je tau. Pemalas."

Perh, kerek betul minah ni.

"Siapa ni?" Tanya aku bila tengok nombor dia tertulis Private Number.

"Siapa I? You tanya siapa I? You agak I ni siapa?"

"Mana la I tau" Jawab aku yang tengah mamai.

"I ni, wife you lah. I call dari masa hadapan."

Aku terdiam berfikir.

"Masa bila pula I kahwin? I belajar tak habis lagi."

"Kan I dah cakap yang I call dari masa hadapan. You muda-muda dah pekak."

Perh, sabar je. Sabar je. Tapi tak apa. Aku layan.

Aku terus bagun dari katil. Aku pergi kat meje Fakh, dan ambil rokok. Then baru aku ingat, sejak bila pula aku hisap rokok?

"Hey, kat masa hadapan nanti, I hisap rokok tak?" Aku tanya perempuan kerek tu.

" Haha. Tak. You still macam dulu. Semua benda tak reti. Merokok pun tak reti. Entah apa yang you reti pun I tak tahu"

Aku diam. Terasa sebenarnya.

"Well, I call you sebab I nak suruh you buat sesuatu" Sambung dia.

"Buat apa?"

"Check mail box you. I hantarkan surat. Khas untuk you"

Selepas dia cakap, terus dia letak phone. Manis betul perangai awek-awek sekarang.

So, aku pergi ke luar rumah dan ambil surat.

Aku tengok-tengok.

Cantik suratnya. Siap ada kesan bedak lagi. Apa tah letak bedak. Orang main perfume dah sekarang. Mana main bedak lagi.

Selasa, 2 November 2010

Cerita Tentang Cinta

Apa khabar semua....
Assalamualaikum...

Hari ni, nak cerita pasal cinta lak...
Cinta pertama yg mula-mula terjadi antara dua orang manusia...

Sebelum tu, jom kita renungkan perkara2 yg terjadi sejak akhir2 ini...
Couple dah jadi biasa pada pandangan masyarakat. Disokong oleh ibu bapa pulak tu...
Perkara itu harus dihindarkan dan dihapuskan dari pemikiran manusia sekarang ini...
Kerana couple boleh menghampiri zina...
Adakah anda boleh mengawal nafsu anda ketika couple. Perkara itu sukar untuk terjadi...
Jadi hindarilah couple seboleh-bolehnya...

Isnin, 1 November 2010

Hari yg agak sunyi dan SEJUK!!!

Salam sejahtera...
Apa khabar...


Suasana yg sunyi sepi ditambah pula dengan cuaca yang sejuk... Sangat sejuk...
Terdetik jari di telefon untuk bermesej dengan kawan2 lama...
Antara yang terpilih... Anassia, Mastura, dan Asmida

Hatiku agak hampa... kerana hanya dapat satu orang daripada mereka...
Mastura sahaja yg membalas semula mesej aku...

Takpe la... Mungkin kawan2 aku ni sibuk ngan assignment ataupun exam mereka... Biarlah mereka...

Hehe... tetiba guna ayat2 syahdu lak...
Tp... kalo sunyi2 camni... mmg aku suka kacau orang... Mesej je ar... Tepon2 ni lom brani lagi...
xpe2... satu hari nanti... aku akan call sorang2... baru la meriah sket...

Memang cuaca hari ni agak sejuk... Sangat sejuk rasanya...
Lantai di bilikku ini bagaikan sejuknya ais di dalam peti sejuk... Sejuk2....

OKIES ^_^

Selamat Datang Bulan November 2010



Apa khabar semua...
Apa je aku nak cerita ye kat sini...
Hah... aku nak kongsi sket cerita pasal MALAYSIA ni...

Apa dah jadi ek ngan MALAYSIA ni... mcm dah huru-hara je...
nak hindarkan agama ISLAM... Cadangan apa ntah yg diorang wat kat perlembagaan Malaysia tu...
Makin teruk la weyh....
Korang tgk note kat fb tu.... KLIK SINI
Terdapat banyak cadangan yg tak masuk akal...
Huru-hara la jawapnya nanti....

Takut gak nanti ngan anak2 kita pada masa hadapan...

Lagi satu lak... Pasal puting beliung kat Mata Ayer,Perlis...
Korang tau tak... Kejadian tu terjadi pada 28 oktober yg lepas...

KLIK SINI
WOW!!!!! kat MALAYSIA pun dah ada tornado...

Agak pelik kan... Tp, tu la kebenarannya...
Ok la... tu je nk gitau...
Kepada yg nak exam tu.... SELAMAT BEREXAM ye dan jawap dengan baik2 ye...
Kepada yg dah abes exam tu.... SELAMAT BERCUTI!!!!....


Salam.... daripada SHAZMIL.... ^_^

Ahad, 31 Oktober 2010

Selamat Hari Lahir - Shazmil & Najihah & Hikmah



Apa khabar semua...

Aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada kawan2 di Praktikum 10 pada bulan OKTOBER...

Shazmil... 26
Najihah... 31
Hikmah... 04

Semoga korang panjang umur dan murah rezeki...
dan harap dapat jumpa korang satu hari nanti...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Assalamualaikum..
Lme da x jmpe kwn matrix sume...except for zaidi...
helmi??haram.....nme je duk dkat...jmpe pun jarg...huhuhuhu....
today i'm a different person than kat matrix dlu...
got positive and negative...
den x tau mcm mne nak ubah perangai yg negative...
kat sni iman mmg di uji n kadangkala sy x dpt tempuhinye dgn baek...
do the bad and wrong things...
aku harap korang doakan kjayaan aku dlm stu misi rhsie yg aku akn jalankan lepas final exam..
btw final aku stat 25 october nie...
harap2 sgt dpt dean list...kte org doa rmi2 lg bgus drpd doa sengsorang...
so doakanla kjayaan aku tuk final ni ye...i appreciate ur help...i really do...
enough about me...what about all of you others...long time no hear...
juz tell any stories...mcm aku tgk da ade yg kapel...ada yg maintain...ada yg break up...
ada yg smbung balik...ada yg disukai...ada yg menyukai...hehehe...
luangkan jela sedikit mse utk blog nie...
cian comel bt dulu...pnt dye...x tdo seminggu mse 2....hehehe....

Sabtu, 11 September 2010

Shazmil Kembali (Mood Raya)

Apa khabar semua....

Mula2 sekali aku nk gitau la...
No. tepon aku yg dua tu dah boleh dihubungi...

ok2..
aku nk cte sket pasal seminggu dah bercuti kat rumah nie...
tak banyak aktiviti yg aku lakukan... Banyak tido je... haha...
Pastu raya pertama tu, banyak gak aku makan... ish ish ish...
Raya pertama, aku duk rumah je... Tak berjalan kemana-mana...

Raya kedua lak, ada la jalan sket... Rumah sebelah ngan balik kampung...
Tak jauh pun.. Kat Parit Yaani je, jalan nk gi ke yong peng...

Kesimpulannya, raya tahun ni... Boleh dikatakan memuaskan lagi suasananya... hehe...
Keadaan aku lak, Happy Go Lucky... Masih macam dulu... Tp, dah berubah sket... huhu...

Papepun, Selamat Hari Raya ye....

Ahad, 5 September 2010

Apa khabar semua?

Selamat bercuti bagi siapa yang sedang bercuti.
Dan tidak lupa juga kepada yang akan bercuti.

Hai kawan2...
Assalamualaikum....

Aku sekarang ni dah kat BP selama dua minggu... Macam lama tp sekejap je...
Papepun... Aku gembira dah ada kat rumah ni...

Selamat Menyambut Bulan Syawal.
Dan jangan lupa pada Bulan Ramadhan...

^_^

Khamis, 26 Ogos 2010

Handphone Shazmil Tak Dapat dikesan

Salam semua...

Apa khabar?...
Nampaknya... aku je yang tulis dalam blog nie... xpe la... janji tak bersarang lagi blog ni.
Biar nampak ada update je... hehe...
Tp, korang post la jgk... Ezwan!!!!... Bila ko nak tulis lagi nie...

Cte la sket pasal hidup ko...
Ok la.... aku nak gitau sket nie...

Handphone aku sekarang nie tak dapat dikesan.. Oleh sebab itu, no. 017 dan 019 aku pun xdpt dikesan...
Sedih gak rasanya.... Tp, seb baek ada simpan lagi nombor2 korang kat handphone lagi satu.

So, aku sekarang menggunakan no. 012 aku buat masa ni. Kalo ada pape berita, mesej kat no. 012 yer...

Sekian sahaja dari shazmil.... ^_^

Selasa, 24 Ogos 2010

Ketua Praktikum Kita kat KMJ lagi...

Berita2....

Ada siapa nak tahu tak...
Aku nk gitau nie...

Isnin, 23 Ogos 2010

Hai Kawan-kawan

Salam semua... dah berhabuk dah rasanya blog nie...
tunggu nk diwartakan kat orang lain je...

Tp, mana boleh camtu... Blog nie masih F2P10 yang punya...

Lama rasanya kita tak jumpa nie... rasa rindu pun ada...
Kalo aku la... ingat f2p10... teringat kat si dia.. minoasis... haha...

Apsal ntah... Kalo tgk gambo dia kat folder pic... leh jadi mabuk lak... giler rasanya...

Ok la kawan-kawan...
Aku nak cte sedikit kehidupan aku di USM nie... sket je tak banyak...

Dah sebulan lebih rasanya duduk kat PENANG nie... Bermacam ragam orang aku jumpa... Tp, manusia still manusia kan... Suasana lak... Agak tidak gemar... Kerana terpaksa duduk seperti harga barang di KL...
Tp, apakan daya... Kita perlu teruskan hidup... Hidup perlu diteruskan... FIght!! Fight!! Fight!!...
Teringat lak sorak masa main bola tampar..... Kenangan yang masih terpahat dalam ingatan...

Pelajaran yer... Haha... semuanya ok... Tp, ada satu subjek nie aku kena tukar mindset aku. Kerana... aku kena blajo Computer Organization a.k.a BIOCOMPUTER...
Dulu belajar BIOLOGY sekarang blajo computer lak... Kena la paham btol2... Kalo x... xleh nk jawap masa exam ler...

Tu jer la aku nak cte...
Bila lak korang nak cte nie...
Kalo kat shoutmix tu... pendek sangat la... dan tak sempat semua nak tgk....

Jadi... saranan daripada saya yang chumel ni... haha...
Buat la satu post tentang diri anda... Kita patut bercerita sket ye... Untuk menghilangkan stress dan meluahkan perasaan kita.. hehe...

Sekian..
p/s Kat USM nie, macam dah ada pengganti tuk minoasis... orang kelantan gak... huhu... nape mesti kelantan ye? aku pun xtau la camne nak jawap... Tp, minoasis masih no. 1 bagi aku... huhu.. xleh blah ayat aku tu...

Jumaat, 25 Jun 2010

Cerita ringkas tentang IPTA yg sahabat2 dapat

Salam....



Saya yang bernama shazmil dengan maklumnya akan melanjutkan pelajaran di USM, pulau pinang. Ramai juga yang akan ke sana. Tp, setakat yang saya tahu hanya HAFIZUL KATMAN @ SALEHIN RAHIM.

Bagi sahabat F10 sekalian, aku akan beri perkembangan di sana nanti...

Aku juga akan listkan Universiti yang korang dapat dalam masa terdekat nie....

Pada EZWAN dan NAJIHAH.... Sorry kerna aku menghilangkan diri buat masa seketika.

Sekian dari shazmil

Sabtu, 19 Jun 2010

Mengapa Mengeluh??




Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 12)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

Khamis, 10 Jun 2010

Jiwang Post ( Saja2)

 Tidak sekali...............
Aq lupa semangt y kau berikan pada diri ku..
saat aq jatuh,kau la y membantu aq bangkit kembali...
saat aq kecewa,kau la y setia menemani aq...
saat aq berputus asa,kau adiah kn aq dgn lagu2...
aq xkn lupa semua itu...

Tidak sekali...........
aq lupa kau pernah berjnji pada ku y kau xkn meninggalkan aq...
kau berjnji x kn menyakiti hati ku...
kau berjnji kau la y terakhir lam idop ku...
kau berjnji akn bersama ku.....

Tidak sekali..........
aq lupa y kita pnh berjnji utk berjaye bersama...
namun,....aq bkn sesape....aq hny mnusia biasa.....y x setaraf dgn kau...
aq terasa diri ku kerdil dari hari ke hari bila dngan mu...
aq sdr sape diri ku ini........

Tidak sekali.......
aq lupa tarikh2 kita...
sbb tarikh tu membuat kn aq menderita........
aq berpegang pada jnji ku bhwa kau la y aq tggu smpai bila2...
walau kau telah menyakiti hatiku..
membuat aq menangis...
membuat aq kecewa...

Tidak sekali aq lupa.......
Bahawa aq bkn sesapa lam idop mu lagi......................

Sabtu, 29 Mei 2010

Spontan Post

Salam semua.....

Blog, blog dan blog. Hari nie mcm biasa la. Lakukan aktiviti rumah.... Tp, perasaan bosan selalu melanda. Dan hari berlalu dengan begitu pantas. Minggu ke minggu yang lain terasa seperti 2 hari saja. Alangkah tak bermanfaatnya cuti aku....

Movie, drama, tv, internet....... banyak buat benda tu. Kerja2 luar sket sangat buat. Kalo ikutkan nak je gi kebun angkat kelapa sawit.. Tp, rasa malas tu tetap ada.....

Dah sedia lom nk masuk U? Aku rasa mcm tak sedia lagi.... Menempuh alam universiti yg WOW!!!! .....

Nak post pasal cte tu dah takde idea dah..... Jd cte tu terberhenti di situ saja.... Kalo ada idea nk sambung nanti aku cuba sambung.

Dah lama aku tak dengo cte orang tu.... Ntah sihat lagi ntah tak..... Yg utamanya Zaimuddin. Sejak habis matrik aritu, tak pernah pun contact dia.. Dah la ada hutang ngan dia lagi nie... Zai zai... Apa cte ko sekarang. Kalo ada tersinggah blog nie, jawap ler.....

Yg pompuan lak, Ain, Mastura, Emon, syiqin, mimi asmida. Aku pun tak pernah contact ko. Hmmmm... camne la nie... Agaknya sibuk sangat kot....  Kalo la dapat jumpa balek korang semua F10.... mesti best....

Kepada sesiapa yang hari lahir di bulan Mei nie.... Aku lupa lak nk wish korang.... Happy birthday to you....

salam rindu dari shazmil mel.....

Selasa, 18 Mei 2010

IkLan : Tahniah Kepada Mimi Syakila Dan Cima


Wah........setinggi - tinggi tahniah kepada mimi dan cima kerana mendapat keputusan yang cemerlang (4 Flat)...
(ops...ade tangan lak gambar nih....gambar korang ade kat laptop lg satu...tgh baiki...jd terpaksa amik gambar ni...)...ape ape pun "JAGA KESELAMATAN!!"....(>_<)

PanDuan BerguNa : Komunikasi Dalam Temuduga

Sebelum Menghadiri Temuduga

  • Pastikan tempat dan masa temuduga
  • Mencari maklumat
  • Menyedia dan menyusun dokumen
  • 'Stand by' kan diri
  • Ketuk pintu dulu sblm masuk
Semasa di Temuduga

  • Jangan duduk kalau tak disuruh
  • Jangan hulur tangan kalau orang tak hulur
  • Bertenang
  • 'Control body movement'
  • Cakap dengan penuh yakin
Selepas Temuduga

  • Bertanya (tunjuk minat)
  • Ucap terima kasih


sekian sahaja...harap ia berguna...(@_<)

Jumaat, 14 Mei 2010

Sambungan... (Bercinta Dengan Si Dia)

......

Setelah berminggu-minggu kejadian itu berlaku.... Tiba-tiba ada khabar gembira daripada si cinta kedua.... Khabar gembira? Si lelaki juga seakan-akan tidak percaya. Kerna sudah berminggu-minggu ianya berlaku tanpa khabar berita.... Khabar itu adalah kesemua kekalutan yang dihadapinya telah dibincang dengan sebaik mungkin dengan sahabatnya..... Permasalahan dan pertengkaran yang berlaku hanya kerana silap faham antara mereka semua. Jadi, mereka iaitu si lelaki, si cinta kedua dan sahabatnya telah menjadi sahabat karib.....

Adakah peristiwa ini berlaku dengan tiba-tiba sahaja tanpa sebab dan musabab? Atau kerana ada pihak yang cuba menyedarkan mereka. Atau mereka sedar bahawa, pertengkaran tiada penyelesaian.....

bersambung......

p/s : pendek sangat la pulak.... nanti sambung la jgk.... ada keje nie... hari khamis ada temuduga lak... doakan aku yer.... semoga berjaya....

Jumaat, 7 Mei 2010

BERCINTA DENGAN SI DIA

hehe.... salam semua... topik apa tu... Bercinta? Si dia? hmmmm... jom.. aku nk cte sket pasal bercinta nie. Ok, stakat yg aku tau la percintaan nie ada macam2. Mcm2? mcm mana tu. Salah satunya ialah, percintaan yg diterima tapi ada saja halangan, percintaan yg tidak dibalas tp tak merana @ merana kerana mengharap sangat. Percintaan yg hanya untuk mendapat keseronokan (LELAKI la tu) - kebanyakan lelaki..... bukan semua.. Percintaan yg sering cantum putus cantum putus... Pelik bercinta camni.... dan sebagainya....
Skop yg ditekankan di sini adalah percintaan di usia remaja. Alam REMAJA mesti ada bercinta... Kalo tak banyak, mesti ada sket.... Mesti ada la....

Ok.... nak dikecikkan lagi skop tu... Percintaan yg diterima tapi ada saja halangan dan dugaan... Hmmmm, bercinta? patut ke? Sebenarnya... kita nie tak patut bercinta.. Tp.... kita nie manusia.. Apa ek... Perasaan cinta tu kan lumrah manusia... Huish... lagi2 alam remaja.. Btol tak?

Jom kita cerita. Percintaan pertamanya, panjang cerita... Jd kita berpindah ke kisah percintaan keduannya. Bercinta kali kedua? Ya... kali kedua.. Cinta pertama tidak dapat bertahan lama. Mungkin kerana permasalahan dalaman. Tapi, mungkin si lelaki nie yg ada masalah. Jd, dia carilah cinta lain. Tp, cinta ini membebankan baginya......

Beban? Berat sangat ke? Sampai macam tu sekali....
Kisahnya bermula begini.... Si lelaki nie berada di institusi yg sama dengan cintanya yg pertama. Mungkin sebab faktor2 yg tidak membolehkan mereka bersama... Si lelaki minta putus dan hanya ingin menjadi teman rapat saja.... Teman tapi mesra gitu...
Selepas berpisah... Si lelaki mencari cinta kedua... Cinta yg kedua nie berlaku di institusi yg sama juga. Cinta yg terjalin amatlah bahagia semasa berada di situ.... Sehinggalah habis pembelajaran di situ.... Terjadinya suatu konflik... Jeng jeng jeng.....

Konflik yg kecil tapi rumit... Amat rumit..... Rupa-rupanya.... ada juga seorang perempuan yg lain meminati si lelaki.. dan pula, perempuan itu adalah kawan cinta kedua si lelaki.... Jd, adalah perkelahian yg tidak diduga semasa di institusi tersebut tanpa disedari. Sehingga tamat pembelajaran, barulah perkara itu disedari... Kwn baik itu cemburu dengan si cinta kedua bercinta dengan si lelaki.... Amat cemburu... dan dia berkata kepada si cinta kedua, sebenarnya si lelaki itu amat tidak boleh dipercayai. DAYUS. EGO dan macam2 lagi la...  Dia berasa si lelaki itu tidak sesuai untuk cinta kedua kerana si lelaki pernah tinggalkan kekasih pertamanya itu dengan sewenang-wenangnya... Mungkin cerita yg tidak benar bahawa si lelaki itu bersikap begitu.. Tanpa banyak bicara, dia tak mahu terima kwnnya yakni cinta kedua jika percintaan itu diteruskan.... Tetapi Si Cinta Kedua nie sudah menyerahkan seluruh jiwanya kepada si lelaki.... Sekarang mereka yg sedang bercinta itu merana... Kerana kwn baik cinta kedua itu juga adalah kwn yg diperlukan dalam hidup si lelaki. Sebab si lelaki dan kawan si cinta kedua juga ada pertalian saudara. Si lelaki dan Cinta Kedua pada waktu ini mengalami kesengsaraan dan kesedihan yg amat.... Amat dahsyat...........

Apakah yang akan terjadi selepas ini.... Adakah percintaan itu akan diteruskan.... ataupun si lelaki meninggalkan si cinta kedua tanpa memikirkan kesengsaraan yg akan dihadapi?

Nak tahu lebih lanjut.... Sabar ye..... hehe

Isnin, 26 April 2010

Bertukar Layout Baru yg Lagi Cerah dan Menarik

Design tuk blog nie telah ditukar baru... Biar nampak cerah... Dan yg lebih penting. CANTIK....

Harap korang suka ngan layout baru nie...

Kalo ada apa2 cadangan bagitau jer

Jumaat, 16 April 2010

Sambungan KMJ

Nak dipendekkan cerita, bermacam pengalaman dan cara hidup telah aku perolehi di pulau itu. Antaranya adalah menjadi "KETUA" koordinator multimedia MIKI(Minggu Inovasi dan Kesenian Islam). Hehe. rasa mcm tak percaya leh jd ketua. Tp inilah hakikatnya. Bila diingat-ingat kembali, peristiwa MIKI mmg best giler. Ramai kenalan yg aku jumpa.
Aku jd KETUA nie pun sebab ada la sedikit sebanyak kemahiran yg aku ada. tp aku rasa tak banyak mana pun. AJK yg lebih banyak tahu rasanya.

Selain itu, ada pertandingan bola tampar. F10 lelaki dpt no. 6, and F10 perempuan dpt no.3 . Aku hanya masuk sekali je dalam pertandingan itu. Itu pun disebabkan ada masalah teknikal. Bersyukur dpt no. 6 daripada tak dpt no. langsung.

Pada malam "annual dinner" lak. Aku rasa bosan nk hampeh walaupun aku mcm gembira. Tp dalam hati nk memberontak je. Apa kejadah tak dinner camtu. Giler agaknya... Lagi buat aku huru-hara ada la. Huish. Biarlah yg dah lepas tu biarkan lepas. tp, mmg aku hangin la... Ada ke patut. Nak makan dengar lagu KUAT GILER.... Pergi konsert je la kalo camtu. takyah makan2.. hahaha

Itulah sedikit sebanyak pengalaman yg aku dpt. Pasal pensyarah2 pulak. Semua mantap2.... Ada macam2 cerita jugak la pasal mereka... aku akan cuba untuk menulis kisah tentang mereka di suatu hari nanti.
Oh... lupa lak... pulau tu sebenarnya ada KOLEJ MATRIKULASI JOHOR. hehe

Kepada kawan-kawan praktikum, pertama, jagalah solatmu, ibadahmu dan auratmu. Sesungguhnya aku berharap kita akn bertemu lagi di dunia dan semestinya di akhirat kelak.

Jap2 ada cte lagi... nk dengo tak? kalo nk tahu... teruskan membaca..... di post seterusnya....

Khamis, 15 April 2010

Kolej Matrikulasi Johor Menjadi Kenangan

Setelah setahun kita belajar di KMJ bersama. Akhirnya, tamatlah program matrikulasi yg kita hadapi selama ini. Rasa mcm sekejap saja masa berlalu. Bagaikan satu bulan bahkan satu hari. Teringat dulu masa minggu orientasi. Aku bagaikan orang yg terdampar di sebuah pulau. Tiada teman mahupun sahabat untuk meneruskan hidup. Tetapi pada suatu hari, aku terjumpa seseorang di pulau itu. Makin hari, makin ramai pula yg muncul. Dan sejak hari itu, aku mula berasa gembira dan dpt hidup dgn lebih tabah. Kami mula membina hidup baru dengan azam yg tinggi untuk mencapai cita-cita yg diimpikan.

Tanpa disangka, pulau itu juga mempunyai segelintir kaum yg lebih tua dari kami. Mereka digelar pensyarah @ guru. Mereka diperintah untuk melatih kami untuk lebih mendalami tentang ilmu-ilmu yg telah dipelajari sekian lama. Salah seorang dari mereka menjadi pengganti ayah dan ibu kami semasa di pulau itu. Beliau digelar Pn Syida. Beliau telah bersusah payah mendidik, mengasuh dan terutama sekali, menasihati kami sepanjang kami di pulau itu.

Hari berganti hari, hubungan kami semakin rapat. Pada suatu hari, kami digemparkan oleh suatu ujian. Ujian inilah yg mahu menentukan dimanakah taraf ilmu yg telah kami perolehi. Selama seminggu kami bertarung nyawa. Akhirnya, ujian itu selesai tanpa banyak bicara. Selepas 2 minggu lamanya, kami diberitahu apa yg telah kami perolehi dari ujian itu. Ada di antara kami merasa gembira dan duka. Kepada yg gembira, kami tumpang gembira. Kepada yg duka, kami cuba memberi kata semangat kepada mereka.
Setelah itu, keadaan menjadi seperti sedia kala..... bersambung....

Nantikan episode seterusnya.

Khamis, 1 April 2010

Selamat Hari Lahir yg Ke-19 Bulan April kepada Kawanku

Salam sejahtera....

Minggu depan dah exam.... Minggu nie study week... Dah sedia lom tuk exam nie... huish....
Dalam kesibukan yg melanda nie, aku nk ucapkan selamat hari lahir kepada:

NUR AIN AZIAN BINTI ANUAL - 02/04
MIMI NOR ASMIDA BINTI ISMAIL - 10/04
DIANA BINTI ROSLEE - 25/04

Semoga panjang umur murah rezeki... Do your best in PSPM 2. Universiti sedang memanggil anda. Jadi jangan anda leka.

Jadi, kepada sahabatku yg dah jd kakak atau abang. Nasihat la adik2 yg lain tuk belajar sungguh-sungguh. Jangan dok maen game je. Lagi2 facebook. 

Ok la, saya post apa yg boleh je... Bak kata pepatah, " Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".

Be the best among the best.

Isnin, 15 Mac 2010

Selamat Hari Lahir Kepada Anas

Assalamualaikum....

Mana pergi kawan-kawan aku nie... mesti sibuk study... maklum lah. PSPM dah nk dekat nie. Mana sempat nk online memanjang, Aku? Nie pun sempat2kan masa yg ada. Kalo tak, bersarang la blog nie lama-lama nanti.



Ok la... Pertama kalinya, aku mengucapkan selamat hari lahir kepada Nur Anassia Aiza Binti Saharudin selaku penolong ketua praktikum. Dan, dia nie diberi gelaran ibu. Mmg dah mcm ibu pun.. hehe.. Apa2 pun, sekarang umur dia dah 19 tahun... Meningkat lagi usia kita setiap tahun kan..
Semakin hari, kita semakin tua dan banyak tanggungjawab yg perlu kita pikul. Sekarang ini alam remaja, dah ada tanggungjawab. Esok dah dewasa, pasti bermacam lagi cabaran dan dugaan.

Aku nk cerita sedikit sebanyak yg aku tahu la pasal ANAS nie. Tahu ker? hehe. aku akan cuba.
Ok, dia nie seorang yg baik dan berhati mulia. Biasala kan, perempuan... hehe. Dia nie jugak sabo dalam apa jua keadaan. Sempoi je orang kata. Best ada kawan cam dia nie. Semua2 dia la.. Pandai handle praktikum dan mcm2 lagi... Tu je la yg aku dapat sampaikan.. hehe... Ada sesiapa leh tambah... tambah2 la kat comment tu yer.

Foto yg sempat aku shoot.












Eh... pasal Pertandingan Bola Tampar tu... tak sempat la nak cerita... Kita tangguhkan sehingga masa yg sesuai ok? atau ada sesiapa yg sempat nk tulis pasal topik tu..

GOOD LUCK IN YOUR STUDY. PSPM WILL WAIT FOR YOU. MAKE IT 4 FLAT IF YOU CAN.

SALAM.......

Selasa, 2 Mac 2010

Promotion Product WB023 dah selesai

Setelah dua minggu berlalu. Selesailah sudah perkara yg diaturkan oleh Subjek English Kolej Matrikulasi.
Tahniah kepada semua kerana telah melaksanakan dengan jayanya.

Terutama sekali perempuan. Banyak btol kreativiti yg dipersembahkan. Antaranya adalah prototype pelamin, kereta2 ferarri dan lego helikopter.
Pastu ada lak yg promote resort. Resort ala2 batik gitu. Pastu yg xleh tahan, diorang bagi makan kek batik. Sanggup btol diorang nie tuk membuat ianya menarik.
Ada lagi satu, promote pasal losyen n contact lens. Nama produk "Po Peep" . pelik2 je korang nie. Tp memang menarik la. Siap bawak losyen yg btol tu. Bagi cuba lagi.
Eh, lupa lak. Yg bagi makan kek coklat tu pun terima kasih gak.

Bagi lelaki lak biasa-biasa je. Kumpulan ACAP, cerita pasal PSP. Biasa la, lelaki kan kaki game. Tp PSP nie bukan tuk main game je. Macam2 boleh buat dengan dia. Tp pembuatan PSP memang utk main game pun. hehe.
Group aku,ipin,ezwan n helmi lak. Promote pasal GPS tracker. Masa yg diberi tak cukup la. Sempat terangkan sepenuhnya pasal GPS tu jer. Cara mcm mana nk lihat btol2 koordinat track tu tak sempat nk disampaikan. Kalo korang nk lebih lanjut. Jumpa ar kitorang. hehe

Ok, post lepas nie. Kita cte pasal pertandingan bola tampar lak.

Rabu, 17 Februari 2010

Dah habis Cuti dah.....

Selamat Pagi....


Argh!!!!!! Giler boring cuti kali nie.... Semua benda ada je tak kena... Tak tau la kenapa..
Something wrong here and there.
Kerja2 yg perlu disiapkan tak sentuh lagi...
Revision? lagi la jgn cakap..
Hmmmm.....

Cuti yg membosankan.....
Takpe2... Tabahkan hati anda... mungkin ada yg silap dimana-mana.


Camne cuti korang? Best ke tak? Mesti best kan. Ada tak yg gi melancong sampai ke Australia, panas kot kat sana. Dalam 56 celcius je... Panas tu.... kat sini pun baru 30+ dah rasa bahangnya. Apatah lagi kat sana. Tak sanggup aku gi sana...

Hope all of your happy go lucky back to KMJ...

Salam, daripada Shazmil (Comel0)

Khamis, 11 Februari 2010

Bermulanya Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum kepada sahabat2 ku. Yg jauh atau pun yg dekat. 13 Februari hingga 17 Februari adalah hari cuti bagi Kolej Matrikulasi sempena Tahun Baru Cina. Seronok tak, ada cuti lagi? Kalo dipikirkan ikut hari memang seronok. Kalo dipikirkan kembali, susah jugak kalo banyak cuti kat matrik nie. Apa taknya, balek je rumah. Konfem susah nk study. Btol tak geng?

Apa2 pun, aku ucap selamat yg balek kampung jauh2 tu. Baik2 jalan. Yg dekat jugak tak dilupai. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat dan aman.

"Orang jauh dikenang dan dirindu,
Orang yg dekat disayang dan dicinta;
Jangan lupa pada Allah yg satu;
Moga kita senantiasa diberkati oleh-Nya."

Bila kat rumah tu, jgn la leka sangat. Bila leka, terbuang masa. Terbuang masa, cuti akan menjadi sekejap. Kalo cuti 2 Bulan pun dah mcm 2 Minggu. Apatah lagi 2 Minggu? . Jadi, gunakanlah masa dengan sebaik mungkin.

"Pulang pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga;
hancur badan dikandung tanah;
budi yg baik dikenang jua."

Kepada mentor kita yg sedang cuti bersalin. Kami rindu sesangat pada cikgu. Bila cikgu nk balek nie.... Secara ikhlasnya, saya yg bernama shazmil berkata, tak best la cikgu mentor ganti nie. Apa orang cakap, tak serasi gitu. Tak tau la pada orang lain. Tapi, kita orang tak jumpa la mentor ganti yg sebenar-benarnya. Moga-moga best la cikgu tu. Fakta sebenarnya, sebahagian Bebudak lelaki Praktikum 10 nie hah dah pandai memontengkan dirinya. Masa mentor mentee la terutamanya. Yang lain tu taknak cakap la. hehe.
Tanpa Cikgu Syida, kita orang rasa tak teratur. Hidup terhuyung-hayang. Mcm hyperbola je bunyinya. Segala nasihat dan motivasi Cikgu Syida kepada kami amat bermakna. Mcm tiada penggantinya. Kami akan tetap menunggu cikgu.

Ok la, comel nk cte pasal UPS result lak lepas nie. Nantikan post seterusnya....

Rabu, 3 Februari 2010

Assalamualaikum.. Sempena ari yang mulia ini,saya memegang cop mohar maharaja cina mengumukan ari ahad nie.. Bermulalah tahun baru cina.. Eh,,sudah2.. Nak gtau pcl trip ke mlake yg drancang bersama f9 & f10.. Cme nak inform cbb mst rmi x tau ag an,,, Emm,tp paperwork lom approve ag ckp f9.. Emm,,nak cte ape lagi yee... IHES???? x bape nmpk ag mcm mne blajanye.. Tp byk keje nak kne wat.. Tak tau la smpat bt ke x.. Spe sbnanye nme ckgu lab kimia ha????

Ahad, 31 Januari 2010

Candid Giler2

menanti seseorang



Dah cukup 2.. Ada 2 kosong lagi... hehe



kasih tak menjadi... dah berpindah ke ALAM yg laki tu.



senyum habis



berdua lebih baik???




ceria selalu


hensem tak.
hensem tak.
hensem tak.

teruk2

Dah seminggu rupanya kat KMJ

Assalamualaikum.
Kejapnyer masa berlalu. Dah satu minggu berlalu. Tinggal 7 minggu lagi nk pekse PSPM. Masa nie la menentukan kita nk gi Universiti mana pas nie. Tp, ada yg tak sedar lagi. 7 MINGGU JE WEYH. 7 MINGGU!!!!!! INGAT WOI..
huish...  " PAKU DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YG LEBIH".

Nak dibandingkan dengan aku nie, sama je. Tak sedar2 diri lagi. Dah tersungkur kot baru nk sedar. Tu pun sedar sekejap kot. Tapi aku harus sedar secepat yang mungkin sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan teruk. Kata nak buat perisian. Takkan belajar cikai2 je. Nak jadi pencipta perisian yg termasyhur. Tp belajar mcm siput. Mana pegi nanti WOI!!!...

Kawan2 pompuan dah rajin giler... DAh sedar giler.... Lelaki nie hah... Buat tak tau jer... Apa nie, nk jadik laki orang tp malas2. Susah la camni. Patutnyer lelaki lebih rajin. Pelik2. Dunia2

Ok... Pada Para LELAKI rajin2 kan dirimu sebelum terlambat.

Mcm yg si eZwan kata, esok nk present BI. Pasal Homework. Pendapat bebudak KMJ pasal kerja rumah. Kerja rumah nie sebenarnya bagus giler. Dengan adanyer benda nie, barulah kita tau mana kelemahan kita. Dan lebih cepat kita perbaikinyer. Kalo nk tau lebih lanjut... tunggu esok...

Salam....

Project BI

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Saya di sini ingin menceritakan kesusahan & kegelisahan yg mlanda host blog nie.. Die rsau blog nie sunyi jek... Aku pun sje2 jek tmbah nie.. Emm,,tp ape yg nk dcrite ehh.. Haa,,crite pcl bdak2 kmj la.. Tp mcm x bes jek cbb pegi mane2 mst bt projek bi.. mggu dpn da nak presentation.. tapi bg aku mini tesis bi ni bes.. cbb kte ley wat research pcl mcm2.. aku plak tga baring2 trpikir nak wat research pcl personaliti org.. mcm cre2 dy tanggalkan sliper.. cre dyowg makan.. rse mcm da pro plak ble wt research nie.. yg besnye mse present kot.. nntkan jela esok mcm mne. bes ke x gaknye.. aku igt nk wt sgkat2 jek.. oklah,nak prepare tok ari sok da nie.. len kali sambung ag... Bubbye,,,

Jumaat, 22 Januari 2010

Bermula Mid Semester 2

Hmmm.... cuti sekejap lagi dah nk habes. sambung belajar semula. masuk kolej. sibuk semula. semua2 la. Cabaran2. Hidup mesti diteruskan.
Uit geng!!, dah ready tuk ke kolej lom. Mesti ada yg tak sedia lagi kan. Ada yg main game lagi. Tonton TV je. hehe.. Aku nie tanya orang lak. Diri sendiri nie? ntah ek? mcm biasa kot.

Isnin nie ada experiment kimia tak. Aku tak tau nie. Takde rames kimia, fizik, math. hehe, semua takde. Sesiapa leh tolong emelkan kat aku.

Aku rasa ramai lagi ahli praktikum nie tak tengok blog nie. Mungkin takde tenet kot. takpe2, aku paham.

Keje assignment BI korang camne. Pompuan mesti ada yg dah siapkan. Kalo nk tanya lelaki nie, huish.... kalo ada yg dah siap tu ajaib giler ar.
Pasal promote tu plak, huh. Group aku pun takde bukak cte langsung. Ariffin!!!!!!!! mana ko. Kejap ada kejap takde, mcm biskut lak.

Ok la geng. takde idea nk tulis apa lagi.
See you in college.
LOVE U ALL!! hohohoho

Isnin, 18 Januari 2010

buhsannn =__=

assalamualaikum :)

huh.agak lame tidak mmbebel dlm ini blog. heh
agak busy ye lately (bz pulakkk) :D
tah ar, bz mkn tido, nk tmbhkn ktinggian ni ag. hahaha
comel,asal mcm sunyi jee? aceyyh,tnye comel jee.. *wink wink* haha

cuti lg bape ari jee..nnt kene kmbali ke kolej yg tesygggg ni.... +_______+
uih, jgn ckp mlss. lg bape bulan je kt kmj nii.. kene hargai btol2 mase yg ade.
nk spend mase ngn korg sume enn. nk tgkp gmba byk2.
nk epy2 ngn korg. stdy sume same2. kalo x,bile lagi. kn kn?? hehe.. :D
walopun kite knl kejap, tp kite sume ttap kawan kn bile dh abes nnt.. insyaAllah :)

oke la. till the next post. cewah. ckp mat saleh dh ni. hehehe
k tata.
salam....



eh, assgnment math. no1 uh wat cane? hehe

Khamis, 14 Januari 2010

Assalamualaikum.. sje nk mnyibuk kat blog niee,,perhatian kpada muhd ariffin, ble nak anta data collection kat aku?? mggu dpan?? thun dpan?? aku byk kje len tau nak wat... bagi susu anak ag.. masak,mkan,mnum,tdo,.. pnat woo.. bkan calg2 owg ley wat camtu.. eh,da mlalut nie,,tujuan nak gtau ipin jek. Lastly,,utk classmates praktikum trcnta terutama sekali comel,hehhe,study kat uma.. jgn igt awek jek,,,hahaha.. ape aku ckp nie... Salam ukhuwah utk sume rkyt msia.. Ha,,ilmu utk dikongsi arini,, "Orang yang msuk islam dgn iman seteguh langit tnpa mlihat mukjizat rasulullah SAW lbih mulia drpd shabat2 Rasulullah SAW" - Khalid al - Walid.. rnung2kan.. Assalamualaikum,,,

Rabu, 13 Januari 2010

Contoh Muka Depan Projek BI WB023 KMJ 2009/2010



Setau aku la, mcm nie je la formatnya... Tak pasti guna font apa, size apa. Ikut suka kot, tp simple.
Klik sini tuk download file yg aku wat mcm gambo atas tu.

project bi

sape tau format front page tuk project bi tu?
tlg akuu..
aku lupe+ketas yg aku salin tem teacher explain aritu, xde kt aku
but kt bulat..huhu

anyone: tlg eh..

thankies!! :)

Apa Dah Jadi Sekarang Nie? Hiburan menjadi Salah Satu Cara Penyebaran Agama Yahudi.

Secret Sign- Unsur Masonic Di AJL?

grabbed from : Free Our Mind, Rise of Islam 




Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi



Selasa, 12 Januari 2010

UNTITLED..(^_^)

huhu..agk bosan ye cuti nih..ari2 kne kms umh...
hahhahaha..tp wlau bosan camne pon lg bosan wat kje umah kot..hahaha..

by the way aku sbenanye xde bnde nak cte,tp untk memeriahkan blog nih aku ttp gak nak tulis ape yg aku trpikirkn..haha..xkesah kan??

smalam adk aku dftar msuk stu sek nih,asrama....hahahaha...
so,agk bowing ye,aku yg tmn mak aku pon dah jd cam mak2 owg...
nak xnak kne la denga cramah ibu bape,dduk kat kusi smpi nak pijor pnggung..hahaha
hahaha..ade yg kate bek xpyh msuk sek tuh....sbb sek tu btl2 blkg umh aku...hahaha..
bak kate mak aku dkt tpi jaoh kan....tp nak xnak adk aku kami pkse gi la...
ats sbb2 trtntu...lgpon byk paedahnye die msuk stu...hahaha...

okeh,oleh krane aku dah kehabisan idea untk menaip,ape kate cri jwpn untk teke-teki aku nih...

1.dlm byk2 part kat dlm pkok klape,bhagian mane xdipnggl klape???

2.bende ape yg bile sejuk cair,bile panas beku???

3.antare taya dpn ngan taya blakg,yg mne haus dlu???sbbnye??

4.Apekah perkataan yang bila diulang sekali menunjukkan diri. Diulang 2kali menunjukkan benda. Diulang 3kali menunjukkan kepunyaan. Diulang 4kali menunjukkan banyak?

5.Gajah terbang dengan ape?

slamat menjawab!!!

Isnin, 11 Januari 2010

Result MUET Pelajar F2P10

KEPUTUSAN RESULT MUET AKHIR TAHUN 2009
BIL
NAME
BAND
1
DIANA
2
2
LINA HAMIZAH
2
3
LINA NADZIRAH
3
4
MIMI NOR ASMIDA
3
5
MIMI SYAKILA
3
6
NAJIHAH
3
7
NOR ASYIQIN
2
8
NUR AIN AZIAN
3
9
NUR ANASSIA AIZA
2
10
NUR HASSHIMAA
3
11
NUR SABRINA
3
12
SITI NORHIKMAH
3
13
MASTURA
1
14
MOHAMAD ARIFFIN
2
15
MOHAMED EZWAN
4
16
MUHAMMAD HELMI
3
17
MUHAMMAD ISMAIL
3
18
MUHAMMAD NOORSHAZMIL
3
19
TENGKU MUHAMMAD NASIRUDDIN
3
20
ZAIDI FAIQ
2
21
ZAIMUDDIN
2

Created by Shazmil

Wah... Beginilah keputusan yg ahli kita dpt. boleh la. PERGH!!!!! Ezwan, ko memang power BI la nie. Orang lain takde pun band 4 dlm praktikum nie. Aku tabik kat ko. Tp, tiada yg dapat mencapai band 5 or 6. Takpe, tu semua takdir. Kepada cikgu kami Miss Nor Farita Bt. Mustapha Umar ni je la kami dpt beri pada cikgu.

Apa2 pun, bagi yg tak berapa bagus keputusannya, harap dpt menerimanya dengan tenang. Kerana ada lagi satu peperiksaan yg menunggu kita. PSPM 2, final exam tu. Jadi, fokus pada exam tu... Semua kita dapat capai pointer yg tinggi lepas nie. Tinggi giler ar. 4.00