Isnin, 26 April 2010

Bertukar Layout Baru yg Lagi Cerah dan Menarik

Design tuk blog nie telah ditukar baru... Biar nampak cerah... Dan yg lebih penting. CANTIK....

Harap korang suka ngan layout baru nie...

Kalo ada apa2 cadangan bagitau jer

Jumaat, 16 April 2010

Sambungan KMJ

Nak dipendekkan cerita, bermacam pengalaman dan cara hidup telah aku perolehi di pulau itu. Antaranya adalah menjadi "KETUA" koordinator multimedia MIKI(Minggu Inovasi dan Kesenian Islam). Hehe. rasa mcm tak percaya leh jd ketua. Tp inilah hakikatnya. Bila diingat-ingat kembali, peristiwa MIKI mmg best giler. Ramai kenalan yg aku jumpa.
Aku jd KETUA nie pun sebab ada la sedikit sebanyak kemahiran yg aku ada. tp aku rasa tak banyak mana pun. AJK yg lebih banyak tahu rasanya.

Selain itu, ada pertandingan bola tampar. F10 lelaki dpt no. 6, and F10 perempuan dpt no.3 . Aku hanya masuk sekali je dalam pertandingan itu. Itu pun disebabkan ada masalah teknikal. Bersyukur dpt no. 6 daripada tak dpt no. langsung.

Pada malam "annual dinner" lak. Aku rasa bosan nk hampeh walaupun aku mcm gembira. Tp dalam hati nk memberontak je. Apa kejadah tak dinner camtu. Giler agaknya... Lagi buat aku huru-hara ada la. Huish. Biarlah yg dah lepas tu biarkan lepas. tp, mmg aku hangin la... Ada ke patut. Nak makan dengar lagu KUAT GILER.... Pergi konsert je la kalo camtu. takyah makan2.. hahaha

Itulah sedikit sebanyak pengalaman yg aku dpt. Pasal pensyarah2 pulak. Semua mantap2.... Ada macam2 cerita jugak la pasal mereka... aku akan cuba untuk menulis kisah tentang mereka di suatu hari nanti.
Oh... lupa lak... pulau tu sebenarnya ada KOLEJ MATRIKULASI JOHOR. hehe

Kepada kawan-kawan praktikum, pertama, jagalah solatmu, ibadahmu dan auratmu. Sesungguhnya aku berharap kita akn bertemu lagi di dunia dan semestinya di akhirat kelak.

Jap2 ada cte lagi... nk dengo tak? kalo nk tahu... teruskan membaca..... di post seterusnya....

Khamis, 15 April 2010

Kolej Matrikulasi Johor Menjadi Kenangan

Setelah setahun kita belajar di KMJ bersama. Akhirnya, tamatlah program matrikulasi yg kita hadapi selama ini. Rasa mcm sekejap saja masa berlalu. Bagaikan satu bulan bahkan satu hari. Teringat dulu masa minggu orientasi. Aku bagaikan orang yg terdampar di sebuah pulau. Tiada teman mahupun sahabat untuk meneruskan hidup. Tetapi pada suatu hari, aku terjumpa seseorang di pulau itu. Makin hari, makin ramai pula yg muncul. Dan sejak hari itu, aku mula berasa gembira dan dpt hidup dgn lebih tabah. Kami mula membina hidup baru dengan azam yg tinggi untuk mencapai cita-cita yg diimpikan.

Tanpa disangka, pulau itu juga mempunyai segelintir kaum yg lebih tua dari kami. Mereka digelar pensyarah @ guru. Mereka diperintah untuk melatih kami untuk lebih mendalami tentang ilmu-ilmu yg telah dipelajari sekian lama. Salah seorang dari mereka menjadi pengganti ayah dan ibu kami semasa di pulau itu. Beliau digelar Pn Syida. Beliau telah bersusah payah mendidik, mengasuh dan terutama sekali, menasihati kami sepanjang kami di pulau itu.

Hari berganti hari, hubungan kami semakin rapat. Pada suatu hari, kami digemparkan oleh suatu ujian. Ujian inilah yg mahu menentukan dimanakah taraf ilmu yg telah kami perolehi. Selama seminggu kami bertarung nyawa. Akhirnya, ujian itu selesai tanpa banyak bicara. Selepas 2 minggu lamanya, kami diberitahu apa yg telah kami perolehi dari ujian itu. Ada di antara kami merasa gembira dan duka. Kepada yg gembira, kami tumpang gembira. Kepada yg duka, kami cuba memberi kata semangat kepada mereka.
Setelah itu, keadaan menjadi seperti sedia kala..... bersambung....

Nantikan episode seterusnya.

Khamis, 1 April 2010

Selamat Hari Lahir yg Ke-19 Bulan April kepada Kawanku

Salam sejahtera....

Minggu depan dah exam.... Minggu nie study week... Dah sedia lom tuk exam nie... huish....
Dalam kesibukan yg melanda nie, aku nk ucapkan selamat hari lahir kepada:

NUR AIN AZIAN BINTI ANUAL - 02/04
MIMI NOR ASMIDA BINTI ISMAIL - 10/04
DIANA BINTI ROSLEE - 25/04

Semoga panjang umur murah rezeki... Do your best in PSPM 2. Universiti sedang memanggil anda. Jadi jangan anda leka.

Jadi, kepada sahabatku yg dah jd kakak atau abang. Nasihat la adik2 yg lain tuk belajar sungguh-sungguh. Jangan dok maen game je. Lagi2 facebook. 

Ok la, saya post apa yg boleh je... Bak kata pepatah, " Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".

Be the best among the best.