Khamis, 11 Februari 2010

Bermulanya Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum kepada sahabat2 ku. Yg jauh atau pun yg dekat. 13 Februari hingga 17 Februari adalah hari cuti bagi Kolej Matrikulasi sempena Tahun Baru Cina. Seronok tak, ada cuti lagi? Kalo dipikirkan ikut hari memang seronok. Kalo dipikirkan kembali, susah jugak kalo banyak cuti kat matrik nie. Apa taknya, balek je rumah. Konfem susah nk study. Btol tak geng?

Apa2 pun, aku ucap selamat yg balek kampung jauh2 tu. Baik2 jalan. Yg dekat jugak tak dilupai. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat dan aman.

"Orang jauh dikenang dan dirindu,
Orang yg dekat disayang dan dicinta;
Jangan lupa pada Allah yg satu;
Moga kita senantiasa diberkati oleh-Nya."

Bila kat rumah tu, jgn la leka sangat. Bila leka, terbuang masa. Terbuang masa, cuti akan menjadi sekejap. Kalo cuti 2 Bulan pun dah mcm 2 Minggu. Apatah lagi 2 Minggu? . Jadi, gunakanlah masa dengan sebaik mungkin.

"Pulang pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga;
hancur badan dikandung tanah;
budi yg baik dikenang jua."

Kepada mentor kita yg sedang cuti bersalin. Kami rindu sesangat pada cikgu. Bila cikgu nk balek nie.... Secara ikhlasnya, saya yg bernama shazmil berkata, tak best la cikgu mentor ganti nie. Apa orang cakap, tak serasi gitu. Tak tau la pada orang lain. Tapi, kita orang tak jumpa la mentor ganti yg sebenar-benarnya. Moga-moga best la cikgu tu. Fakta sebenarnya, sebahagian Bebudak lelaki Praktikum 10 nie hah dah pandai memontengkan dirinya. Masa mentor mentee la terutamanya. Yang lain tu taknak cakap la. hehe.
Tanpa Cikgu Syida, kita orang rasa tak teratur. Hidup terhuyung-hayang. Mcm hyperbola je bunyinya. Segala nasihat dan motivasi Cikgu Syida kepada kami amat bermakna. Mcm tiada penggantinya. Kami akan tetap menunggu cikgu.

Ok la, comel nk cte pasal UPS result lak lepas nie. Nantikan post seterusnya....

4 ulasan:

Najihah berkata...

bosan ni...shazmil, masuk kan la gmbar banyak2....

Shazmil berkata...

Shiouri? siapa nie... gambar...? jap eh... esok nanti muncul...

Najihah berkata...

ops...!lupa nak tukar name lak...tihihi...ni jiha la...

Najihah berkata...

oh ye...pasal bercuti tu...betul ke...?hm...ad org sponsor ke kene bayar sendiri...?