Setelah setahun kita belajar di KMJ bersama. Akhirnya, tamatlah program matrikulasi yg kita hadapi selama ini. Rasa mcm sekejap saja masa berlalu. Bagaikan satu bulan bahkan satu hari. Teringat dulu masa minggu orientasi. Aku bagaikan orang yg terdampar di sebuah pulau. Tiada teman mahupun sahabat untuk meneruskan hidup. Tetapi pada suatu hari, aku terjumpa seseorang di pulau itu. Makin hari, makin ramai pula yg muncul. Dan sejak hari itu, aku mula berasa gembira dan dpt hidup dgn lebih tabah. Kami mula membina hidup baru dengan azam yg tinggi untuk mencapai cita-cita yg diimpikan.
Tanpa disangka, pulau itu juga mempunyai segelintir kaum yg lebih tua dari kami. Mereka digelar pensyarah @ guru. Mereka diperintah untuk melatih kami untuk lebih mendalami tentang ilmu-ilmu yg telah dipelajari sekian lama. Salah seorang dari mereka menjadi pengganti ayah dan ibu kami semasa di pulau itu. Beliau digelar Pn Syida. Beliau telah bersusah payah mendidik, mengasuh dan terutama sekali, menasihati kami sepanjang kami di pulau itu.
Hari berganti hari, hubungan kami semakin rapat. Pada suatu hari, kami digemparkan oleh suatu ujian. Ujian inilah yg mahu menentukan dimanakah taraf ilmu yg telah kami perolehi. Selama seminggu kami bertarung nyawa. Akhirnya, ujian itu selesai tanpa banyak bicara. Selepas 2 minggu lamanya, kami diberitahu apa yg telah kami perolehi dari ujian itu. Ada di antara kami merasa gembira dan duka. Kepada yg gembira, kami tumpang gembira. Kepada yg duka, kami cuba memberi kata semangat kepada mereka.
Setelah itu, keadaan menjadi seperti sedia kala..... bersambung....
Nantikan episode seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan