Jumaat, 7 Mei 2010

BERCINTA DENGAN SI DIA

hehe.... salam semua... topik apa tu... Bercinta? Si dia? hmmmm... jom.. aku nk cte sket pasal bercinta nie. Ok, stakat yg aku tau la percintaan nie ada macam2. Mcm2? mcm mana tu. Salah satunya ialah, percintaan yg diterima tapi ada saja halangan, percintaan yg tidak dibalas tp tak merana @ merana kerana mengharap sangat. Percintaan yg hanya untuk mendapat keseronokan (LELAKI la tu) - kebanyakan lelaki..... bukan semua.. Percintaan yg sering cantum putus cantum putus... Pelik bercinta camni.... dan sebagainya....
Skop yg ditekankan di sini adalah percintaan di usia remaja. Alam REMAJA mesti ada bercinta... Kalo tak banyak, mesti ada sket.... Mesti ada la....

Ok.... nak dikecikkan lagi skop tu... Percintaan yg diterima tapi ada saja halangan dan dugaan... Hmmmm, bercinta? patut ke? Sebenarnya... kita nie tak patut bercinta.. Tp.... kita nie manusia.. Apa ek... Perasaan cinta tu kan lumrah manusia... Huish... lagi2 alam remaja.. Btol tak?

Jom kita cerita. Percintaan pertamanya, panjang cerita... Jd kita berpindah ke kisah percintaan keduannya. Bercinta kali kedua? Ya... kali kedua.. Cinta pertama tidak dapat bertahan lama. Mungkin kerana permasalahan dalaman. Tapi, mungkin si lelaki nie yg ada masalah. Jd, dia carilah cinta lain. Tp, cinta ini membebankan baginya......

Beban? Berat sangat ke? Sampai macam tu sekali....
Kisahnya bermula begini.... Si lelaki nie berada di institusi yg sama dengan cintanya yg pertama. Mungkin sebab faktor2 yg tidak membolehkan mereka bersama... Si lelaki minta putus dan hanya ingin menjadi teman rapat saja.... Teman tapi mesra gitu...
Selepas berpisah... Si lelaki mencari cinta kedua... Cinta yg kedua nie berlaku di institusi yg sama juga. Cinta yg terjalin amatlah bahagia semasa berada di situ.... Sehinggalah habis pembelajaran di situ.... Terjadinya suatu konflik... Jeng jeng jeng.....

Konflik yg kecil tapi rumit... Amat rumit..... Rupa-rupanya.... ada juga seorang perempuan yg lain meminati si lelaki.. dan pula, perempuan itu adalah kawan cinta kedua si lelaki.... Jd, adalah perkelahian yg tidak diduga semasa di institusi tersebut tanpa disedari. Sehingga tamat pembelajaran, barulah perkara itu disedari... Kwn baik itu cemburu dengan si cinta kedua bercinta dengan si lelaki.... Amat cemburu... dan dia berkata kepada si cinta kedua, sebenarnya si lelaki itu amat tidak boleh dipercayai. DAYUS. EGO dan macam2 lagi la...  Dia berasa si lelaki itu tidak sesuai untuk cinta kedua kerana si lelaki pernah tinggalkan kekasih pertamanya itu dengan sewenang-wenangnya... Mungkin cerita yg tidak benar bahawa si lelaki itu bersikap begitu.. Tanpa banyak bicara, dia tak mahu terima kwnnya yakni cinta kedua jika percintaan itu diteruskan.... Tetapi Si Cinta Kedua nie sudah menyerahkan seluruh jiwanya kepada si lelaki.... Sekarang mereka yg sedang bercinta itu merana... Kerana kwn baik cinta kedua itu juga adalah kwn yg diperlukan dalam hidup si lelaki. Sebab si lelaki dan kawan si cinta kedua juga ada pertalian saudara. Si lelaki dan Cinta Kedua pada waktu ini mengalami kesengsaraan dan kesedihan yg amat.... Amat dahsyat...........

Apakah yang akan terjadi selepas ini.... Adakah percintaan itu akan diteruskan.... ataupun si lelaki meninggalkan si cinta kedua tanpa memikirkan kesengsaraan yg akan dihadapi?

Nak tahu lebih lanjut.... Sabar ye..... hehe

Tiada ulasan: