OK....
Nak cerita sket pasal Kolej Matrikulasi Johor nie. Sejak mula-mula masuk kolej nie, memang mcm2 perkara yg dah berlaku. Pertama sekali dengan pelajaran matrikulasi yg agak giler laju. Memang terperanjat la masa tu. Tp perkara tu dah jd biasa wat pelajar matrik seperti aku ini bagi sem 2.
Kolej Matrikulasi ni boleh tahan la "seronok". Yg best bagi aku, kenalan daripada pelbagai negeri. Mcm2 perangai ada. Yg baik, yg tak berapa nk baik. Biasa la kan.
Cerita pasal kemudahan kat sini. Alhamdulillah, semua kemudahan kat sini lengkap walaupun kurang. Antara kemudahan rekreasi kat sini.
Kemudahan-kemudahan yg lain pulak:
- Mesin Air RO (satu unit setiap blok)
- Dandang pemanas (2 unit setiap blok)
- Kerusi-kerusi taman (disekitar kolej kediaman)
- Kemudahan cerek dan seterika disetiap blok
- Kemudahan komputer (5 unit setiap blok)
- Kemudahan tv di bilik tv
- Kemudahan bilik bacaan dan bilik rekreasi setiap blok.
- Kemudahan 4 buah Bilik Disable di Blok A,B,D,F untuk pelajar cacat.
- Kemudahan 2 buah Bilik Sakit di Blok C,E
- Mesin basuh berbayar (4 unit disetiap blok)
- Kemudahan telefon berbayar
Banyak la jugak kemudahan yg diberi. Tu la sebabnya kita perlu belajar je kat Kolej nie. Takyah pikir benda lain. Kalo dah senang nanti kan kita jugak yg senang.
Bagi tahun nie pulak, ada pensyarah baru masuk. Antara pensyarah ni adalah pelajar matrikulasi jugak. Ex-Matrik yg 5,6 tahun dulu kot. Blom jumpa mereka lagi. Muka mesti muda-muda belaka. Cara pengajaran pun pasti berbeza. Tp takyah risau, pensyarah pandai uruskan semua itu untuk bagi pelajar paham apa pelajaran yg dipelajari.
Ok la, sampai sini dulu aku cte pasal KMJ. Kalo ada masa lagi, aku bukak lagi cte ni.
p/s : pasal gambo candid tu, lambat sket nk publish. nak kena edit dulu. baru la BEST!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan